Orang yang bersifat kejayaan material meletakkan kejayaan sebagai miliknya seorang tanpa memikirkan orang lain dan tiada keseimbangan dalam hidup contohnya kaya harta benda tetapi jiwanya kosong. Manakala, Orang yang bersifat kejayaan spiritual meletakkan kejayaan mereka sebagai kejayaan bersama dan dia tidak mahu kejayaan yang dimilikinya menjadi miliknya seorang. Contohnya, dia mahukan kejayaan yang diusahakan adalah hasil daripada saling bantu membantu diantara satu sama lain.
Adapun Islam mementingkan keseimbangan diantara material dan spiritual iaitu untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan hidup di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Sebagaimana contoh, apabila kamu menyelesaikan solat dan berdoa maka bersegeralah kamu untuk pergi bekerja. Dan ini adalah keseimbangan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kejayaan material dan kejayaan spiritual.
Mencari kekayaan bukanlah sesuatu yang dilarang, yang penting adalah bagaimana kita memperolehi kejayaan tersebut dan bagaimana menggunakan kekayaan tersebut. Contoh yang terbaik adalah Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, mempunyai sifat jujur dan amanah dalam perniagaan. Selain itu, contoh yang terbaik adalah Saiditina Khadijah yang menjadikan kekayaan sebagai perjuangan untuk agama Islam. Saidina Abu Bakar menggunakan kekayaan beliau untuk membebaskan hamba dan menjadikan kekayaan semata-mata untuk Islam. Ini adalah contoh yang terbaik untuk mendapat keseimbangan material dan spiritual. Oleh itu, material amatlah penting untuk perjuangan agama asalkan material itu halal dan perjuangan agama itulah sebagai spiritual kerana umur yang panjang tidak penting, yang penting sumbangan kita kepada Agama dan orang lain.
No comments:
Post a Comment