Pendedahan asas fiqh perubatan kepada para pelajar perubatan khususnya amat penting dalam pelaksanaan tugas mereka kelak agar selari dengan kehendak syarak.
17 Mac 2011 - Ilmu asas fiqh perubatan amat penting dipelajari, diketahui dan difahami oleh pelajar-pelajar umumnya dan pelajar perubatan khususnya. Sehubungan itu, pihak Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama dan juga permintaan daripada pelajar-pelajar perubatan USM Kampus Kesihatan untuk mengadakan Diskusi Fiqh Perubatan. Program ini akan dilaksanakan 2 kali sebulan sepanjang tempoh pengajian pelajar pada tahun ini.
Diskusi yang kedua telah diadakan pada 17 Mac 2011 (Khamis), bertempat di Bilik Taklimat 1, Blok Peperiksaan dan Sumber Pelajar. Dengan kehadiran seramai 52 orang pelajar (pelajar tahun 1 hingga tahun 3) telah memeriahkan suasana ilmu dengan pelbagai persoalan yang berkaitan tajuk. Perbahasan yang dikupas pada kali ini adalah berkaitan rukhsah pesakit, permasalahan pengurusan ibadah pesakit dan penyelesaiannya. Kesungguhan para pelajar dalam mempelajari dan memahami ilmu fiqh perubatan jelas tergambar semasa sesi perbincangan dan praktikal berkumpulan.
Diskusi yang memakan masa selama 2 jam (3.15 hingga 5.15 petang) memberi impak dikalangan para pelajar perubatan; sebagai pendedahan asas kepada para pelajar khususnya pelajar perubatan mengenai kefahaman perubatan yang berkaitan dengan hukum hakam agar pelaksanaan perubatan selari dengan kaedah syarak.
No comments:
Post a Comment